“Penuntut Ilmu” means “Knowledge Seeker”.
I believe the best part of our lives is knowledge seeking. May Allah place us on the path of knowledge from the beginning until the end.

This website is personally managed by Dr. Abdullaah Jalil, a Senior Lecturer at the Faculty of Economics and Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
It is a platform for knowledge sharing, particularly related to his writings, presentations, teachings, readings, and references.
Areas of expertise, research, writing, teaching, and interest:
- Fiqh al-Muamalat & Its Applications
- Shariah Governance and Shariah Compliance
- Islamic Banking, Finance, and Economics
- Corporate Waqf & Masjid Management
- Islamic Financial Planning and Wealth Management
- Ahli Sunnah Wal Jama’ah
- PCVE (Deradicalization, Rehabilitation, and Counter Radicalization)
[1] FB Page Dr. Abdullaah Jalil

[2] FB Page Dr. Abdullaah Jalil – MIF

LATAR BELAKANG RINGKAS
Dr. Abdullaah Jalil merupakan pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Beliau berkhidmat di USIM sejak April 2002.
Pendidikan menengah beliau bermula di:
- Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ), Kluang, Johor: PMR dan SRA (Mumtāz) (1993-1995)
- Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor: SPM dan SKK (Mumtāz) (1996-1997)
Beliau memperolehi:
- Sarjana Muda Shariah (Fiqh and Pengajian Islam) dari Universiti Yarmouk, Jordan dengan Kelas Pertama (Mumtāz) pada tahun 2001.
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dengan pengkhususan Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2004 dan dikurniakan “Anugerah Pelajar Terbaik Program.”
- PhD Kewangan Islam (Islamic Finance) dari INCEIF (The Global University of Islamic Finance) pada tahun 2019.
Beliau turut memainkan peranan sebagai:
- Ahli Jawatankuasa Syariah di dalam industri perbankan Islam, takaful, retakaful, koperasi dan wakaf sejak 2012 sehingga ke hari ini.
- Ahli Jawatankuasa Panel Syariah USIM sejak ia ditubuhkan pada tahun 2016 sehingga kini.
- Salah seorang Penyelidik Fatwa bagi Jabatan Mufti Negeri Sembilan sejak tahun 2016.
- Felo Nadwah Ahli Sunnah Wal Jama’ah di Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan (sejak 2023), dan
- Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (2024).
Beliau juga terlibat di dalam bidang Deradikalisasi dan Rehabilitasi (Kefahaman Agama) sejak tahun 2008.
- Beliau telah dianugerahkan anugerah “Friends of the Police” pada Hari Polis Kebangasaan 2012 di atas sumbangan beliau di dalam bidang ini.
- Beliau telah dilantik sebagai sebagai Ahli Panel Deradikalisasi dan Pakar Rujuk Bagi Kes-kes Keganasan Yang Disiasat Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 oleh Kementerian Dalam Negeri.
- Beliau pernah memberi latihan berkenaan Deradikalisasi di Rabdan Academy (United Arab Emirates). Beliau juga disenaraikan sebagai salah seorang “Distinguished Speakers” oleh pihak Rabdan Academy.
- Beliau juga pernah dilantik sebagai salah seorang Advisory Committee bagi Global Peace Institute (Maldives).
- Beliau juga merupakan salah seorang ahli penyelidik untuk membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Mencegah dan Menangani Pelampau Keganasan (NAPPCVE) di bawah IPSOM, KDN.
Dalam pembinaan polisi dan kertas kerja hukum, beliau pernah telibat sebagai salah seorang panel kepakaran bagi pembinaan:
- Standard MQA bagi Program Muamalat dan Kewangan Islam (2012)
- Manual Pengurusan Wang Khairat JAWHAR (2014)
- AJK (Kluster Ekonomi) Pembangunan Dasar Dakwah Negara (2014)
- Kertas Kerja Hukum Berkaitan Isu-isu Syariah Madinah Mawaddah Wakaf City (2020) dan
- Kertas Kerja Hukum Penjanaan dan Pelaburan Dana Masjid (2021).
Bidang kajian, penulisan dan penyelidikan beliau merangkumi:
- Fiqh Muamalat
- Perbankan dan Kewangan Islam
- Tadbir Urus Syariah
- Wakaf Korporat
- Pengurusan Kewangan Masjid
- Ahli Sunnah Wal Jama’ah
- PCVE (Preventing and Countering Violent Extremism).
Di antara kursus-kursus di peringkat siswazah yang pernah dikendalikan oleh beliau ialah ialah:
- Fiqh Muamalat I
- Fiqh Muamalat II
- Pengurusan Haji dan Umrah
- Pengurusan Institusi Perbankan Islam dan Takaful
- Pasaran Wang dan Modal
- Halaqah (Pengantar Kitab Turath)
- Usul Fiqh
- Kewangan Islam
- Keusahawanan.
Manakala di peringkat pasca-siswazah, beliau pernah mengendalikan kursus:
- Qawa’id Fiqhiyyah (Islamic Legal Maxims)
- Aplikasi Fiqh Muamalat serta
- Halal dan Haram di dalam Islam.
Beliau juga meminati pengajian ilmu turath dan sering menghadiri majlis-majlis talaqqi ilmu dan pengajian turath berkitab bersama para mashāyikh.
Di antara buku-buku karangan beliau ialah:
- [1] (2011). The Four Introductory Theories of Fiqh Muamalat.
- [2] (2012). Pengurusan Kewangan Masjid: Model Imarah Masjid.
- [3] (2013). 40 Hadith Pengurusan Harta dan Perancangan Kewangan.
- [4] (2013). Menjawab Persoalan Agama: Konsep al-Tark dan Perkara Baru dan Baik dari Perspektif Shariat.
- [5] (2013). Natijah Fikir dan 40 Hadith Kelebihan Zikir.
- [6] (2013). Pengajian Halaqah UTH3012: Program Pensiswazahan Guru.
- [7] (2013). Cahaya-Cahaya Sunnah Yang Khusus Berkenaan Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Yang Terpilih ﷺ: Al-Imam al-Hafiz Abu al-‘Abbas al-Uqlishi. (Abdullaah Jalil, Terjemahan).
- [8] (2013)a & (2016)b. Nusus Turathiyyah: Dirasah Manhajiyyah (نصوص تّراثية : دراسة منهجية)
- [9] (2014). The Four Main Contracts of Fiqh Muamalat.
- [10] (2014). Fiqh and Management of Hajj and ‘Umrah: The Malaysian Perspective.
- [11] (2014). Arabic-English Terminology for Special Purposes in Management Studies.
- [12] (2015). Miftah al-Muamalat: The Gateway to Business.
- [13] (2016). 40 Hadith Puasa dan Ramadan: Dengan Nota Ringkas Fiqh Mazhab al-Shafi’i dan Fiqh Perbandingan.
- [14] (2016). Sosial Sekuriti (Takaful Ijtima’i) Menurut Perspektif Islam.
- [15] (2017) Quranic Index for Medical Sciences.
- [16] (2017) Quranic Index for Economics, Business and Management.
- [17] (2017). 40 Hadith Berkenaan Ketegasan Pengharaman Riba: Al-‘Allamah al-Qadi Yusuf Isma’il al-Nabhani. (Abdullaah Jalil, Terjemahan.).
- [18] (2018). 40 Hadith Berkenaan Ibadat Harta.
- [19] (2018). Islamic Law of Tort.
- [20] (2019). 50 Hadith Utama Berkenaan Kepentingan dan Kelebihan Zikir.
- [21] (2019). Natijah Fikir dan Mutiara Nabawi Berkenaan Majlis Zikir.
- [22] (2019). 50 Hadith Doa Rasulullah ﷺ dan Adab serta Kelebihannya.
- [23] (2019). 40 Hadith Kelebihan Ilmu dan Adab-adabnya.
- [24] (2019). 40 Hadith Berkenaan Kelebihan Penghulu Para Rasul ﷺ (Abdullaah Jalil: Terjemahan)
- [25] (2020). Aqidah Murshidah dan Beberapa Muqaddimah Aqidah.
- [26] (2020). 40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-adabnya.
- [27] (2020). 40 Hadith Imam Nawawi Berkenaan Asas-asas Agama Islam dan Prinsip Hukum Syariat.
- [28] (2021). Matan Abi Shuja’: Bahagian Muamalat.
- [29] (2021). Mutiara Nabawiyyah Berkenaan Kelebihan Haji, Umrah dan Zulhijjah.
- [30] (2022). Empat Puluh Hadith Qudsi oleh Al-Imam Al-‘Allamah al-Muhaddith al-Faqih Mulla ‘Ali al-Qari al-Hanafi al-Maturidi al-Sufi (w.1014H) (Abdullaah Jalil: Terjemahan, Ulasan dan Edit).
- [31] (2022). Matan Ummu al-Barahin dan Pengenalan Ahli Sunnah dan Jamaah.
- [32] (2022). Pengenalan Asas bagi Mengenal Kelebihan Rasululah ﷺ.
- [33] (2023). Fiqh Qurban, Aqiqah dan Asas Penyembelihan.
- [34] (2023). 40 Hadith Berkenaan 40 Amalan Sunat Harian: Keampunan Dosa dan Pahala Luar Biasa.
- [35] (2023). Natijah Fikir Berkenaan Hukum Menjaharkan Zikir.
- [36] (2023). Empat Puluh Hadith Berkenaan Kelebihan Berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ: Al-‘Allamah al-Qadi Yusuf al-Nabhani (Abdullaah Jalil, Terjemahan).
- [37] (2023). Matan al-Yaqut al-Nafis: Bahagian Muamalat.
- [38] (2023). Imam Syafie: Sejarah, Manaqib, Manhaj dan Sumbangan.
- [39] (2023). 50 Hadith Berkenaan Zakat bersama Nota Fiqh Asas.
- [40] (2024). Israk Mikraj: Aqidah, Sirah dan Hikmah.
- [41] (2024). Definisi Ahli Sunnah Wal Jama’ah: Pendekatan Para Ulama’ Muktabar.
- [42] (2024). Zikrullah Selepas Solat Fardu: Sunnah Rasulullah ﷺ dan Amalan Para Ulama’.
- [43] (2024). Syarahan Manzumat al-Tark: Hukum Bagi Perkara Yang Tidak Dilakukan oleh Rasulullah ﷺ.
- [44] (2024). Bid’ah Hasanah Menurut Ulama’ Ummah.
- [45] (2024). 40 Hadis Buat Anakku.
- [46] (2024). Pembacaan Al-Quran di sisi Kubur Menurut Ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- [47] (2025). 100 Hadis Berkenaan Solat-Solat Sunat Bersama Nota Ringkas Fiqah.
- [48] (2025). 40 Hadis Asas-Asas Muamalat Islam – Bersama Nota Ringkas Fiqah.
- [49] (2025). 120 Hadis Berkenaan Doa Rasulullah ﷺ, Adab Berdoa dan Kelebihannya.
- [50] (2025). 40 Hadis Berkenaan Kelebihan Empat Lafaz Zikrullah.
- [51] (2025). 50 Hadis Kemuliaan Umat Nabi Muhammad ﷺ.
- [52] (2025). Gharar: Konsep dan Parameter Menurut Perspektif Syariah.
- [53] (2025). Matan Safinat al-Salah: Terjemahan dan Nota.
Beliau dan kumpulan penyelidik IMARAH-USIM juga telah membangunkan Sistem Kewangan Masjid Patuh Syariah (eMIMAS). Sistem ini ini boleh dilanggan di: imarah.org

Biografi PDF
- Biografi: Dr. Abdullaah Jalil – Bahasa Melayu [2025]
- Brief Profile: Dr. Abdullaah Jalil – English [2025]