Sembang Kari

SEMBANG KARI

Kritik ulama’ berapi-api,
Bid’ahkan sana kafirkan sini,
Bertambah ego dan takabbur diri,
Rupanya hanya sembang kari.

Talaqqi ilmu dipandang sepi,
Ulama’ muktabar tak dikenali,
Kitab muktamad ditolak ke tepi,
Hanya pandai sembang kari.

Belajar agama dua tiga kali,
Dah rasa diri seperti mufti,
Dakwa hanya nak ikut Nabi,
Hakikatnya hanya sembang kari.

Jauhilah sikap dan perangai Takfiri,
Tajsim dan Tashbih juga Tabdi’i,
Sibukkan perbaiki diri sendiri,
Tinggalkanlah sikap sembang kari.

PENUNTUT ILMU 😎

“Ramadan Karim”

[Boleh atau tidak menyebut “Ramadan Karim”]

Isu/Permasalahan:

Telah tersebar satu video yang menyatakan bahawa “Tidak Boleh” menyebut sifat Karim pada bulan Ramadan.

Jawapan ringkasnya:

Pusat Fatwa Jordan (Da’irat al-Ifta’ al-‘Amm al-Urduniyyah) telah menjawab isu ini.

Berikut adalah nas dan terjemahannya.

ينبغي للمسلم إظهار فرحته بالمناسبات الدينية، وبقدوم مواسم الخير والبركة كشهر رمضان المبارك، بل في ذلك ما يدل على انتمائه لهذا الدين الحنيف والاعتزاز به، قال تعالى: قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ يونس/58.

Hendaklah seseorang Muslim itu menzahirkan kegembiraannya pada waktu munasabah-munasabah keagamaan Islam, juga pada waktu datangnya musim-musim kebaikan dan barakah seperti bulan Ramadan al-Mubarak. Bahkan pada penzahiran [kegembiraan] itu terdapat [bukti] yang menunjukkan betapa dia menyandarkan dirinya/menisbahkan dirinya kepada agama [Islam] yang lurus ini dan dia berbangga dengannya.

Allah SWT berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad), dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka hendaknya mereka bersukacita, kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)” (Yunus:58)

ومن ذلك تهنئة الناس بعضهم بعضاً بشهر رمضان واستعمال عبارة “رمضان كريم”؛ إذ لم يرد ما ينهى عن ذلك، كما يجوز إطلاق صفة الكرم على رمضان لما فيه من تفضّل الله تعالى على عباده في هذا الشهر العظيم من الخير والبركة ومضاعفة الأجر، ونسبة الشيء إلى سببه جائزة، ومن ذلك تعليق الزينة والأنوار والأهلة والفوانيس وغيرها، مما يدخل الفرح والسرور إلى النفوس.

Dan di antaranya ialah mengucapkan tahniah kepada orang ramai, sesama mereka, dengan [kedatangan] bulan Ramadan, dan dengan PENGGUNANAN ibarat “RAMADAN KARIM”, kerana tidak ada larangan yang datang [dari Shariat] bagi melarang perkara tersebut.

Begitu juga, HARUS untuk menggunakan/meletakkan sifat AL-KARAM (Mulia) bagi bulan Ramadan kerana padanya terdapat limpah kurnia Allah Ta’ala kepada para hambaNya di dalam bulan yang sangat mulia ini daripada [pelbagai bentuk] kebaikan dan keberkatan serta pahala yang digandakan.

Dan penisbahan sesuatu perkara kepada sebabnya adalah harus [seperti Menisbahkan kemuliaan kepada Ramadan kerana kemuliaan limpah kurnia Allah padanya].

Dan di antaranya (penzahiran kegembiran dengan kedatangan musim kebaikan seperti Ramadan), ialah menggantungkan perhiasan, lampu-lampu, imej anak bulan, pelita dan seumpamanya, yang memasukkan kegembiraan dan kebahagian ke dalam jiwa-jiwa [umat Islam].

Boleh rujuk kenyataan Pusat Fatwa Jordan di sini:

“Penuntut Ilmu”

FB Pusat Fatwa Jordan