About

IMG_4521 - Copy

Short Biography: Dr. Abdullaah Jalil (PCVE)

Dr. Abdullaah Jalil is a senior lecturer at the Faculty of Economics and Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

He holds a PhD in Islamic Finance from INCEIF, Kuala Lumpur; an MBA (Master of Business Administration), with major in Islamic Banking and Finance (IBF) from the International Islamic University Malaysia (IIUM) (and was awarded the Best Student Award of the program); and a Bachelor’s Degree in Shariah (Fiqh and Islamic Studies) with “First Class” achievement from Yarmouk University, Jordan.

He has been involved in the Rehabilitation, Deradicalization and Counter Radicalization programs with Royal Malaysia Police, Malaysian Prison Department and Ministry of Home Affairs/Internal Security since 2008. In 2012, he was conferred with “Friends of the Police” for his services. Accordingly in 2017 and 2018, he was appointed as a member of Deradicalization panel and an Expert/Specialist for Violent Cases Investigated under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Malaysia) by the Ministry of Home Affairs.

He also serves as a Chairman of Shariah Committee at Prudential BSN Takaful (Malaysia) and a member of Shariah Committee at Bank Rakyat.

His areas of research interest include Islamic Finance and PCVE (with specific references to extremism amongst Muslim community).

Biografi Ringkas: Dr. Abdullaah Jalil

Dr. Abdullaah Jalil adalah merupakan pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau dilahirkan pada tanggal 10 Zulhijjah 1400 (Aidil Adha), bersamaan 19 Oktober 1980 di Kuala Terengganu dan dibesarkan di Skudai, Johor Bahru, Johor.

Beliau memulakan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ), Kluang (PMR & SRA – Mumtaz) sebelum menduduki SPM & SKK (Mumtaz) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan di dalam bidang Shariah (Fiqh dan Pengajian Islam). Beliau berjaya menamatkan pengajiaannya di Universiti Yarmouk dalam tempoh tiga (3) tahun dan dikurniakan Sarjana Muda Shariah Kelas Pertama (Mumtaz) bersama Kepujian. Pelajar Malaysia pertama yang mencapai keputusan sedemikian.

Setelah diterima sebagai tutor di FEM pada tahun 2002, beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam serta dikurniakan Anugerah Pelajar Terbaik Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dalam tahun 2004.

Setelah berkhidmat selama hampir 7 tahun di FEM & USIM, beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah di INCEIF, Kuala Lumpur di dalam bidang Kewangan Islam (Islamic Finance) dan berjaya menyempurnakan pengajiannya pada tahun 2019.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatakankuasa Syariah di Prudential BSN Takaful, ahli Jawatankuasa Syariah bagi Bank Rakyat (sejak 2012).

Beliau telah terlibat di dalam program Rehabilitasi, Deradikalisasi dan Counter Radikalisasi bersama PDRM, Jabatan Penjara dan KDN sejak 2008.

Beliau dianugerahkan dengan “Friends of the Police” pada Hari Polis Kebangsaan 2012 kerana kerjasama beliau bersama pihak polis dalam usaha membanteras fahaman militan dan ancaman keselamatan negara. Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai salah seorang Panel Deradikalisasi KDN dan pada tahun 2018 dilantik sebagai Pakar Rujuk bagi Kes-kes Keganasan Yang Disiasat Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.